Sunday, July 20, 2014

PEPATAH DAN BIDALAN

*  Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
-  Pendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut.
   Contoh ayat ini ialah Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara dalam pertandingan debat.
*  Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
-  Hidup bantu membantu anatra satu  sama lain
  Kampung Seduhu berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat Kebagsaan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
*  Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
-  Walau dimana kita berada kita mesti mematuhi peraturan atau adat resam yang kita diami.
 Apbila berada di negeri orang kita mestilah menghormati adat resam dan peraturan disitu bak kata pepatah diaman bui dipijak disitu langit dijunjung.
*  Enggang sama enggang pipit sama pipit ,baru boleh terbang sama. 
-   Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf sahaja.
Contoh ayat disini ialah percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhlang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang pipit sama pipit, barulah boleh terbang sama.
*  Harapkan pagar pagar makan padi
-  Seseorang yang kita harapkan dan boleh dipercayai telah mengkhianati kita.
Contohnya Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya seperti harapkan pagar pagar makan padi.
*  Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.
-  Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita.
   Contoh ayat disini ialah Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya kerana memberinya makanan    ini seperi orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.
*  Takkan pisang berbuah dua kali
-  Takkan mengulangi kesilapan yang telah dilalukan sebelum ini.
   Ahmad berjanji akan belajar bersungguh sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap kali ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali .
*  Ulat dalam batu pun dapat hidup
-   Orang y rajin berusaha takkan mati kelaparan 
  ' Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara mencari pekerjaan kerana disini pun masih m     boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pon boleh hidup ' kata ayah kepada abang.


Bidalan
*  Jika pandai menggunting hendaklah pandai menjahitnya
-  Kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan. 
    ' Habiskan mencuci baju kamu jangan bertangguh kerja seperti jika pandai menggunting hendaklah pandai menjahitnya ' kata emak kepada kakak.

*  Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan.
-  Sebaik baik sedar akan sesuatu kesilapan segera insaf dan membetulkannya.
   Contoh ayat adalah seperti berikut Nadirah sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan setelah diceramahi oleh rakan biliknya yang selalu mengunjungi pusat disko. 

*  Ukur baju dibadan sendiri
-   Lakukan sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri.
Contoh ayat ialah Syafikah membelanjakan keperluan di hari perayaan ini mengikut kemampuan yang dimilikinya seperti bidalan ukur baju di badan sendiri.
*  Habis akal barulah tawakal
-  Sesudah berikhtiar dengan sedaya upaya barulah berserah diri kepada Tuhan.
    Hanis sering mengulangkaji mata pelajaran lebih awal sebelum menjelang hari peperiksaan seperti habis akal barulah tawakal.
*  Biar senget jangan tertiarap
- Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
   Encik Hamid rajin berniaga walaupun sering musim tengkujuh kerana baginya biar senget jangan tertiarap.

*  Buang yang keruh amek yang jernih 
-   Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik.
     Keluarga Hasan dan keluarga Husin telah berdamai setelah mereka bersengketa pada tahun    
     lepas.Mereka telah buang yang keruh dan amek yang jernih ketika pagi hari raya.
*  Cicir dipungut hilang dicari
-   Jarang melakukan pembaziran
     Cikgu Kasim sangat menitik beratkan hal hal yang berkaitan dalam pembelian agar cicir dipungut hilang          dicari.
*  Jangan buat kerbau tanduk panjang
-   Jangan campuri urusan orang lain. 
    Mak Bedah selalu berceloteh mengenai anak anak Mak Esah puas suaminya menasihatkan agar jangan         buat kerbau tanduk panjang kerana tidak mendatangkan apa apa faedah kepada dirinya.

No comments:

Post a Comment