BIDALAN
* Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
[jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
- Aiman sentiasa berusaha supaya kehidupan dia dan sekeluarga senang seperti adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.
* Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
[Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
- Sikap Amran yang sering bertukar-tukar pekerjaan menyebabkan dia menghadapi masalah kewangan ibarat batu yang selalu bergolek dalam sungai tu tiada dihinggapi lumut.
* Belum duduk sudah berlunjur
[Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
- Abang seperti belum duduk sudah berlunjur kerana gembira apabila ayah membelikan kereta idamannya.
* Berbual di alang, belayar di luar musim
[Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
- Aliya ibarat berbual di alang, belayar di luar musim kerana tidak bijak mengatur jadual pembelajarannya kerana leka dengan keseronokkan duniawi.
* Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
[Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]
- Pak Mail sentiasa menasihati isterinya agar bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar tentang keburukkan orang lain sebelum menyiasat perkara sebenar.
* Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
[Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]
- Ibu sering mengingati abang agar berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat supaya tidak menyesal kemudian hari.
* Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
[Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]
- Adam berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak setelah tamat pengajian di universiti sebelum mendapat panggilan pekerjaan yang tetap.
No comments:
Post a Comment