*Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
-
Setiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut
dirasai oleh ahli keluarganya yang lain.
Contoh ayat ini ialah Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita
penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.
*Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang
sama. - Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja. Contoh
ayat ini ialah Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan
perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh
terbang sama.
*Fikir itu pelita hati -
Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup.
Contoh ayat ini
ialah Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam
membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu
pelita hati.
*Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama. - Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal
dunia.
Contoh ayat ini ialah Jasa Allahyarham Tuan
Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa
bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama.
*Ikan pulang ke lubuk. -
Kembali semula ke tempat asal. Contoh
ayat ini ialah Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari
nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.
*Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. - Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. Contoh
ayat ini ialah Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya
cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
* Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. - Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari
itu sahaja. Contoh
ayat ini ialah kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.
*Lembu punya susu, sapi dapat nama. -
Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain
yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama. Contoh
ayat ini ialah Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan
oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat
nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.
* Membujur lalu melintang patah. - Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal
dihadapi. Contoh ayat ini ialah Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah
walaupun lawannya seribu.
*Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya. - Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa. Contoh
ayat ini ialah Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur
setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang
berbeza.
No comments:
Post a Comment