*Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga - Setiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain. Contoh ayat ini ialah Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.
*Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama. - Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja. Contoh ayat ini ialah Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.
*Fikir itu pelita hati - Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup. Contoh ayat ini ialah Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.
*Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
- Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia.
Contoh ayat ini ialah Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampung kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
*Ikan pulang ke lubuk. - Kembali semula ke tempat asal. Contoh ayat ini ialah Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.
*Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. - Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. Contoh ayat ini ialah Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
* Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. - Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja. Contoh ayat ini ialah kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais
petangmakan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.
*Lembu punya susu, sapi dapat nama. - Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama. Contoh ayat ini ialah Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampung yang mendapat nama seperti lembu punya susu, sapi dapat nama.
* Membujur lalu melintang patah. - Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi. Contoh ayat ini ialah Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.
*Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya. - Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa. Contoh ayat ini ialah Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.
No comments:
Post a Comment